Shamsul Sentiasa Utama Pembangunan & Kesejahteraan Penduduknya

November 3, 2025

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah sentiasa mengutamakan kawasannya dengan mengatur serta merancang apa yang terbaik untuk menaikkan nama Lenggong.

Dan baru-baru ini, beliau telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Geokomuniti Lenggong Geopark.

“Saya mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Geokomuniti Lenggong Geopark di Bilik Gerakan Majlis Daerah Lenggong.”

Beliau kemudiannya mengadakan perjumpaan dengan pimpinan Masyarakat Asli Parlimen Lenggong.

“Saya mengadakan PERJUMPAAN & DIALOG bersama Pimpinan Masyarakat Asli Kawasan Parlimen Lenggong di Lenggong Inn.

“Kesemua pimpinan masyarakat asli dalam Kawasan Masyarakat Asli Parlimen Lenggong hadir. Saya ditemani Cikgu Aida Pegawai Khas MB ( DUN Kenering ) hadir bersama Pengerusi Sekteriat Masyarakat Asli UMNO Lenggong En Hussin Khaldi turut bersama.”

Pada sebelah malam, Shamsul hadir Bicara Agama di RPA Bukit Senyum Lenggong.

“Amalan biasa kami mendengar Kuliah Maghrib sambil bertemu rakyat. Kali ini di Surau RPA Bukit Senyum Lenggong.”

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help