Shamsul Sentiasa Prihatin Masalah Penduduk Dalam Apa Jua Keadaan

August 27, 2025

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah sentiasa prihatin dengan masalah yang dihadapi penduduk di kawasan Parlimennya.

Kata beliau, pelbagai isu yang diutarakan dan pada masa yang sama beliau terus menggesa agar semua permasalahan itu diatasi.

“Saya memahami masalah penduduk terutama berkaitan isu tanah. Langkah penyelesaikan sedang diusahakan.

“Dan saya bersama penduduk kampong yang tidak setuju Projek Floting Solar dilaksanakan di Empangan Kenering kerana menjejaskan nelayan darat yang bergantung hidup dengan menangkap ikan.

“Saya harap pihak TNB berbincang dan menilai daripada semua aspek berkaitan projek ini.”

Beliau berkata demikian pada program Ramah Mesra di Kg Rancangan Merah Lenggong.

“Saya hari ini mengadakan perjumpaan dan Dialog bersama penduduk Kg Rancangan Merah.

“Beberapa isu dan masalah di kampong dibincangkan hari ini serta mencari jalan bagaimana menyelesaikannya.

“Ini berkaitan masalah permohonan tanah penduduk kampong.

“Saya maklumkan apa yang akan dibangunakan di kampong ini dan fasa pertama projek bernilai lebih RM350,000 sedang dan telah dilaksanakan.”

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help