Shamsul Santuni Puteri UMNO Perak & Lenggong Di Tasek Sendarhalu
LENGGONG – Ahli Parlimen Lenggong, YB Dato’ Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menghadiri program santai dan makan tengah hari bersama Puteri UMNO Perak serta Puteri UMNO Bahagian Lenggong di Tasek Sendarhalu, Kampung Luat, Lenggong, Perak.
Menurut beliau, program tersebut berlangsung dalam suasana harmoni dan mesra, sekali gus menjadi medan untuk mengukuhkan jalinan silaturahim serta mempererat kerjasama antara kepimpinan Puteri UMNO di peringkat negeri dan bahagian.
Beliau berkata, sesi berkenaan turut memberi ruang pertukaran pandangan secara tidak formal berhubung pelbagai aspek gerak kerja Puteri UMNO, termasuk usaha memperkasa peranan sayap parti itu dalam mendekati masyarakat serta memperkukuh aktiviti di peringkat akar umbi.
Shamsul turut merakamkan penghargaan atas komitmen serta semangat yang ditunjukkan oleh kepimpinan dan ahli Puteri UMNO, dan berharap kebersamaan yang terjalin dapat terus diperkukuh demi memperkasa agenda parti di peringkat setempat.

