Shamsul Santuni Batalion 20 PGA Beluran

November 26, 2025

Pada 24 November baru-baru ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah telah meluangkan masa menyatuni Batalion 20 Pasukan Gerakan Am (Beluran) Sabah.

Beliau menyantuni para pegawai dan anggota yang menjadi perisai keselamatan negara di Pantai Timur Sabah.

Kehadiran beliau disambut oleh Supt. Mohd Yusoff bin Daud, Pegawai Pemerintah Batalion 20 PGA Beluran.

Majlis ramah mesra ini diraikan dalam suasana penuh hormat dan kekeluargaan, lantas menzahirkan penghargaan KDN atas pengorbanan anggota PGA yang berkhidmat dalam situasi mencabar antaranya termasuklah meronda kawasan pedalaman, mengawal sempadan, membanteras jenayah terancang, dan memastikan rakyat terus hidup dalam aman.

Dalam amanatnya, Timbalan Menteri menegaskan bahawa:

🔵 PGA ialah nadi kekuatan keselamatan darat Sabah, khususnya di zon Beluran, Sandakan dan kawasan berisiko tinggi;
🔵 setiap anggota merupakan wira negara yang menjaga keamanan tanpa mengenal erti penat lelah; dan
🔵 KDN komited untuk meningkatkan latihan, kebajikan, aset serta memperluas penggunaan teknologi dan inovasi termasuk kecerdasan buatan (AI) untuk memperkukuh kesiapsiagaan dan keberkesanan operasi.

YB Timbalan Menteri Dalam Negeri turut mendengar taklimat ringkas daripada Supt. Mohd Yusoff bin Daud mengenai kesiapsiagaan operasi, cabaran lapangan dan keperluan semasa anggota di kawasan Beluran.

Beliau turut meluangkan masa bertemu dengan anggota, bertukar pandangan serta menyampaikan penghargaan atas dedikasi mereka yang bertugas jauh dari keluarga tetapi tetap teguh membawa amanah negara.

Majlis ini mencerminkan komitmen KDN yang sentiasa memastikan bahawa tiada anggota yang dibiar bersendirian dan keselamatan anda ialah tanggungjawab bersama.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help