Shamsul Sampaikan Sumbangan Kepada Masyarakat Cina Kg Baru Selat Pagar

February 11, 2026

LENGGONG – Ahli Parlimen Lenggong, Dato’ Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, telah mengadakan lawatan rasmi ke Kampung Baru Selat Pagar, Lenggong bagi menyampaikan sumbangan kepada masyarakat cina di kawasan tersebut. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan beliau dalam memastikan kebajikan semua komuniti di Parlimen Lenggong sentiasa diberi perhatian tanpa mengira latar belakang kaum.

Sepanjang lawatan tersebut, Shamsul Anuar turut meluangkan masa berinteraksi dengan penduduk setempat bagi mendengar sendiri pandangan serta keperluan mereka. Beliau menegaskan bahawa perpaduan dan keharmonian antara kaum merupakan asas penting dalam membangunkan masyarakat yang progresif dan sejahtera. Sumbangan yang disampaikan diharap dapat membantu meringankan beban serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat cina di Kampung Baru Selat Pagar.

Inisiatif ini jelas membuktikan komitmen YB Dato’ Seri Dr. Shamsul Anuar dalam memperkukuh hubungan antara pemimpin dan rakyat. Beliau turut menyeru agar semua pihak terus bekerjasama dan berganding bahu demi kemajuan serta kesejahteraan Parlimen Lenggong secara menyeluruh.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help