Shamsul Raikan Tahun Baru Cina Bersama 300 Penduduk Kg Baru Air Kala
LENGGONG – Lebih 300 penduduk diraikan dalam Program Ramah Mesra & Sambutan Tahun Baru Cina 2026 yang berlangsung di Kampung Baru Air Kala, Lenggong, malam tadi.
Majlis yang dianjurkan oleh Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah itu bertujuan mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat setempat, khususnya komuniti Cina di kawasan berkenaan. Pada malam tersebut, Shamsul Anuar turut menyampaikan sumbangan kepada lebih 300 penerima sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada masyarakat Cina di Kampung Baru Air Kala.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Cikgu Aida, Pegawai Khas Menteri Besar Perak bagi DUN Kenering, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Hulu Perak, wakil MCA Lenggong serta pimpinan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Baru Air Kala.
Program seperti ini bukan sahaja dapat memupuk semangat perpaduan dan keharmonian antara kaum, malah memberi peluang kepada masyarakat untuk berinteraksi secara langsung dengan pemimpin setempat. Ia juga menjadi platform untuk mendengar pandangan serta keperluan penduduk, selain meraikan perayaan bersama-sama.
Shamsul Anuar turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut dan berharap sambutan Tahun Baru Cina kali ini membawa kegembiraan serta memperkukuh perpaduan di Lenggong.

