Shamsul Penuhi Hujung Minggu Dengan Pelbagai Aktiviti Riadah Bersama Anak Muda

September 29, 2025

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah hadir merasmikan dan menyampaikan Anugerah Cemerlang SMK Dato’ Ahmad Lenggong.

Timbalan Menteri Dalam Negeri itu kemudiannya melakukan lawatan kerja serta merasmikan Kopi AGENDA PUSPEN di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

“Selesai Lawatan Kerja Ke PUSPEN Bukit Mertajam saya singgah menikmati makan tengahari bersama sahabat sahabat UMNO Pulau Pinang.”

Pada hari seterusnya, beliau yang berada di Pulau Pinang hadir ke Festival Y15, Y16 & 135 LC.

Pada festival itu dianggarkan 51,000 buah motosikal dan lebih 60,000 anak muda serta lain-lain berkumpul.

“Saya dijemput merasmi dan menyampaikan hadiah serta membuat cabutan bertuah sebuah Kereta Mercedes A250 sempena FESTIVAL Y15, Y16 & 135 LC di Pulau Pinang.

“Sewaktu festival ini saya dibawa melawat ke pelbagai pameran dan gerai-gerai jualan di festival ini.

“Ia bukan sekadar himpunan peminat motosikal tetapi memperlihatkan bagaimana anak muda mewujudkan pelbagai kegiatan ekonomi melalui aktiviti permotoran.

“Tahniah kepada Sdr Mohd Hafiz Anuar selaku Pengarah Festival dan Sdr Ku Muhamad Nazri Ku Mat Pengarah Pentadbiran & Protokol Festival Y15,Y16 & 135LC serta barisan penaja festival ini.”

Beliau kemudiannya meluangkan masa minum petang bersama Pemuda UMNO Pulau Pinang.

“Saya bekesempatan minum petang bersama sahabat sahabat Pemuda UMNO di Pulau Pinang.”

 

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help