Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, telah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Parlimen Bil. 3/2025 Kementerian Dalam Negeri yang telah berlangsung di Kuala Lumpur selama tiga hari untuk membincangkan persediaan urusan Parlimen dan jawaban kepada pertanyaan-pertanyaan Parlimen yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Kelima Belas (M3P4P15).
Sesi Dewan Rakyat M3P4P15 akan berlangsung selama 35 hari bermula pada 6 Oktober hingga 4 Disember 2025, manakala sesi Dewan Negara pula akan berlangsung selama 12 hari mulai 1 hingga 18 Disember 2025.
Turut hadir bersama Ketua Setiausaha, Datuk Awang Alik Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan), Datuk Makhzan Mahyuddin, Setiausaha-setiausaha Bahagian, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri.



