Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah telah mempengerusikan mesyuarat penyelarasan Kegiatan BN Lenggong.
Mesyuarat ini melibatkan Ketua-Ketua Sekreteriat Bilik Gerakan BN Lenggong.
“Esok pagi saya akan menjawab soalan No 2 dan No 12 di Dewan Rakyat Parlimen Malaysia dan Soalan Di Kamar Khas Parlimen Malaysia.
“Namun sebelum pulang ke KL saya mempengerusikan dulu menyuarat Penyelarasan Kegiatan BN Lenggong yang melibatkan Ketua Ketua Sekreteriat Bilik Gerakan BN Lenggong.
“Mesyuarat memfokuskan menilai program yang dilaksana serta penyusunan program dan juga membincang serta merangka tindakan menyelesaikan isu-isu rakyat di Lenggong.
“Selesai mesyuarat 1030pm dan saya kembali semula ke KL untuk melaksanakan tanggungjawab di KL.”



