Shamsul Nasarah Terima Kunjungan Hormat, Perkukuh Kerjasama Lenggong Dialog 2026
PUTRAJAYA – Satu kunjungan hormat telah diadakan pada 6 April 2026 di Kementerian Dalam Negeri sebagai platform pertemuan dan perbincangan kerjasama strategik antara kementerian dan agensi berkaitan.
Kunjungan tersebut telah diterima oleh YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri, daripada YBhg. Dato’ Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, bersama Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Perak.
Pertemuan ini membincangkan pelbagai perkara berkepentingan bersama dengan penekanan kepada pengukuhan kerjasama serta penyelarasan bagi menjayakan pelaksanaan program Lenggong Dialog 2026 yang dirancang untuk dianjurkan kelak.
Perbincangan turut menekankan keperluan perancangan awal, penyusunan pengisian program, serta penglibatan pihak berkepentingan bagi memastikan pelaksanaan program dapat dilaksanakan secara tersusun dan mencapai objektif yang ditetapkan.
YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah turut merakamkan penghargaan atas kunjungan tersebut dan komitmen semua pihak, serta berharap kerjasama yang diperkukuh ini dapat memastikan Lenggong Dialog 2026 dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

