Shamsul Meriahkan Karnival Sukan Merdeka & Projek Pulau Temelong

August 27, 2025

Sambutan Hari Kemerdekaan yang bakal disambut tidak lama lagi menyaksikan setiap pelosok kawasan mengadakan apa jua aktiviti bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan.

Ia termasuklah di kawasan Parlimen Lenggong apabila diadakan Karnival Sukan Merdeka Keluarga DUN Kenering.

Bertempat di Arena Amanjaya Lawin Gerik, karnival ini berlangsung dalam suasana meriah.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah bangga dengan sambutan yang diberikan oleh penduduk setempat.

“Meriah dan tahniah kepada Cikgu Aida Pegawai Khas MB ( DUN Kenering ) kerana mengadakan KARNIVAL SUKAN MERDEKA Keluarga DUN KENERING yang dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak.”

Beliau kemudiannya ke Pulau Temelong bagi meninjau progres beberapa projek yang sedang giat dilaksanakan bersama-sama dengan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Saya ke Pulau Temelong bersama Ybhg Pn Chan, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia & Sukan ( KBS ), bertemu penduduk kampong dan meninjau perkembangan Projek Kg Angkat Madani KBS di Kg Temelong.

“Kg Angkat Madani Ketua Pengarah KBS dibuat di Pulau Temelong dengan peruntukan sekitar RM 1 Juta.

“Beberapa projek sedang dilaksanakan dan harapnnya ia akan menjadi suatu kawasan bagi kegiatan belia di Kg Temelong dan Lenggong khasnya serta boleh dimanfaatkan sebagai pusat aktiviti sesuai dengan Lenggong Kawasan pelancongan di negara ini.”

 

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help