Shamsul Hadiri Sesi Ramah Mesra Bersama Warga RELA Melaka Di Paya Rumput

April 19, 2026

PAYA RUMPUT – Ahli Parlimen Lenggong merangkap Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Dato’ Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menghadiri program ramah mesra bersama warga Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Melaka di Paya Rumput, Melaka, pada 17 April lalu.

Program yang bermula pada jam 10 pagi itu menjadi ruang pertemuan dan interaksi secara langsung antara beliau dengan warga RELA, di samping mengukuhkan hubungan serta kerjasama dalam usaha memperkasa peranan sukarelawan di peringkat negeri.

Dalam sesi berkenaan, Shamsul Anuar turut mengambil kesempatan bertukar pandangan serta mendengar perkembangan semasa berkaitan kebajikan serta gerak kerja warga RELA.

Beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap komitmen dan sumbangan RELA dalam membantu memastikan keselamatan, ketenteraman awam serta kesiapsiagaan komuniti, khususnya melalui penglibatan sukarela di lapangan.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help