Shamsul Hadir Ramah Mesra Warga KDN & Alumni MBM

November 11, 2025

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah telah menyempurnakan Majlis Ramah Mesra bersama dengan warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) Negeri Sabah bertempat di Dewan Seri Bayu, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah.

Program ini menjadi wadah untuk memperkukuh hubungan kekeluargaan antara kepimpinan dan warga kerja KDN di negeri ini.

Dalam amanat beliau menekankan kepentingan tatakelola yang baik, kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan, serta penerapan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) dalam setiap aspek tugas harian.

“Pendekatan ini seiring dengan hasrat KDN Reformasi MADANI untuk mempercepat urusan, memperkukuh integriti dan memastikan setiap tindakan berasaskan data serta memberikan impak positif kepada rakyat.

“Kehadiran para pegawai jabatan dan agensi KDN ini memperlihatkan semangat kebersamaan dan komitmen warga KDN negeri Sabah untuk terus melangkah ke arah pentadbiran yang cekap, beretika dan berinovasi, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.”

Shamsul terdahulu hadir ramah mesra bersama alumni Majlis Belia Malaysia Negeri Sabah di Kedai Kopi Ping.

“Saya mengadakan pertemuan bersama pimpinan Alumni MBM SABAH di Kota Kinabalu Sabah. Banyak yang kami bincangkan terutama berkaitan kegiatan dan isu isu semasa di Sabah ketika ini.”

 

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help