Shamsul Diberi Taklimat Bagi Sesi Pertanyaan Jawab Lisan Dewan Rakyat & Dewan Negara

September 6, 2025

Timbalan Menteri Dalam Negeri , Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menjawab pertanyaan daripada YB Senator Musoddak Ahmad berkenaan dengan keberkesanan projek kerjasama Jabatan Penjara Malaysia dengan badan bukan kerajaan dan agensi kerajaan dalam penyediaan peluang pekerjaan kepada golongan Orang Diparol (ODP) bagi membolehkan golongan ini dapat bersama semula dalam kelompok masyarakat selepas menjalani tempoh hukuman.

“Saya hari ini menjawab 3 soalan dimana 2 soalan di Dewan Negara Parlimen Malaysia dan kemudian menjawab 1 soalan di Dewan Rakyat Parlimen Malaysia.”

Beliau kemudian turut menjawab soalan daripada YB Senator Abun Sui Anyit berkenaan statistik pemberian kewarganegaraan kepada pemohon-pemohon yang tiada dokumen diri kepada penduduk orang asal bertaraf Bumiputera di Sarawak di Dewan Negara, pada 28 Ogos 2025.

Sementara itu, dalam Sesi Jawab Lisan Dewan Rakyat, Timbalan Menteri Dalam Negeri menjawab pertanyaan daripada YB Tan Hong Pin, Ahli Parlimen Bakri berkenaan dengan langkah-langkah yang telah diambil untuk mengurangkan penyalahgunaan kemudahan pengecualian visa kepada pelawat asing supaya tidak digunakan untuk membekalkan perkhidmatan dan berniaga.

Turut hadir di Parlimen Malaysia pada sesi hari ini, pegawai-pegawai kanan KDN daripada Bahagian Kepenjaraan, Antidadah dan RELA, Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan, Bahagian Perancangan Strategik, Bahagian Perolehan, Bahagian Hal Ehwal Imigresen, Pejabat Pasukan Petugas Khas NIISe, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, dan Jabatan Pendaftaran Negara.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help