Shamsul Anuar Tinjau Rumah Rosak Akibat Ribut Di Felda Lawin Utara
GERIK – Sebuah rumah di Felda Lawin Utara, Gerik mengalami kerosakan akibat ribut yang melanda kawasan berkenaan.
Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah telah melawat rumah yang terjejas pada 9 Mei 2026, sebaik sahaja beliau selesai menghadiri program Gerik Megatrill di Lapangan Terbang Gerik.
Lawatan itu diadakan bagi meninjau keadaan di lokasi serta melihat sendiri tahap kerosakan yang dialami.
Beliau turut mengambil maklum situasi yang dihadapi penduduk terlibat, selain mendapatkan gambaran awal mengenai keperluan bantuan yang sewajarnya.

