Semangat untuk membantu rakyat di sekitar Lenggong, Ahli Parlimennya, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah turun padang melaksanakan hasrat sekumpulan persatuan motocross di sana.
Beliau menerima kunjungan daripada Ahli Jawatankuasa Persatuan Kelab Motocross Lenggong bagi membincangkan aktiviti yang boleh dijalankan oleh pihak mereka.
“Saya bertemu dan berbincang dengan Jawatankuasa Persatuan Kelab Motocross Lenggong di Pusat Khidmat MP Lenggong.
“Insya Allah, saya akan bantu menjayakan aktiviti dan rancangan mereka,” kata Shamsul menerusi hantaran yang dikongsi di Facebooknya.
Dalam masa yang sama, beliau juga akan terus membantu Kelab Motocross Mak Cun FELDA Lawin Selatan dan akan terus mengaktifkan kelab tersebut.
Sumber: https://www.bnnewsonline.com/shamsul-anuar-terbuka-jayakan-aktiviti-persatuan-kelab-motorcross/