Shamsul Anuar Sokong Pendekatan Baharu Diusul Oleh Presiden

January 13, 2023

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menyokong ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi memulihkan parti tersebut terus bangkit selepas mengalami kekalahan pada pilihanraya lalu.

Menurut beliau, ucapan tersebut merupakan penjelasan yang berterus-terang dan merungkai semua permasalahan yang berlaku dalam parti sekaligus dapat memperbetulkan persepsi dikalangan parti serta rakyat.

“Kerana kita mesti bergerak ke hadapan tanpa kita terus mencari kesalahan mana-mana pihak. Presiden menyebut bahawa kalau mahu menunding jari memang boleh namun sebaiknya apa yang berlaku hari ini perlu dipikul bersama.

“Sebab itu yang pentingnya sekarang kita harus sedar bahawa keadaan telah begitu berubah. Demografi pengundi sudah berbeza dan dengar perubahan yang besar ini, kita harus bijaksana menyesuaikannya di tengah perubahan tersebut,” kata Shamsul kepada BN Comms.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual selepas majlis Ucapan Dasar Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022, pagi ini.

Selain itu, beliau juga bersetuju dengan tekkad Presiden untuk membuat perubahan di dalam parti UMNO dan juga parti-parti komponen yang lain, Jelasnya, perubahan yang dilakukan diharap akan membawa imej yang baharu.

Dalam masa yang sama, parti mesti kehadapan dalam pendekatan sosial media di samping memperkukuhkannya lagi supaya kita berubah ke pendekatan baharu.

“Kerana jika kita tidak melakukan perubahan, kita akan tertinggal dengan arus deras masa kini,” tambahnya lagi.

Sumber: https://www.bnnewsonline.com/shamsul-anuar-sokong-pendekatan-baharu-diusul-oleh-presiden/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help