Shamsul Anuar Peka Bantu Masyarakat Asli

December 26, 2022

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menyatakan rasa penghargaan terhadap sokongan yang diberikan oleh Masyarakat Asli kawasan itu terhadap beliau.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Menteri Dalam Negeri prihatin terhadap keperluan diperlukan oleh Masyarakat Asli tersebut dan bertemu dengan mereka di RPS Air Dala Gerik, Perak.

“Saya amat hargai sokongan masyarakat asli dalam Kawasan Parlimen Lenggong. Hari ini saya bertemu mereka bersama Saudara Hussin Khaldi Penyelaras Zon Masyarakat Asli dan Saudara Mat.

“Uda Busu Ketua Cawangan UMNO RPS Dala Gerik bersama Batin Ali memaklumkan beberapa perkara berkaitan Masyarakat Asli Dala ke pengetahuan saya untuk dibantu,” ujar Shamsul melalui hantaran di Facebooknya.

Tegas Shamsul, segala maklumat keperluan yang disampaikan kepadanya akan diambil pusing sekaligus menjadi tanggungjawab beliau sebagai Ahli Parlimen Lenggong untuk menyelesaikan isu tersebut.

Sumber: https://www.bnnewsonline.com/shamsul-anuar-peka-bantu-masyarakat-asli/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help