Shamsul Anuar Optimis ‘Kekuatan Luar Biasa’ Pengundi Di Lenggong

November 6, 2022

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah meluangkan masa turun padang untuk menyantuni rakyat di sekitar kawasan tersebut.

Menurut Shamsul, ini adalah masa yang sesuai untuk mendekati rakyat dalam memastikan suara dan keinginan mereka terus sampai kepada pemimpin.

“Mesra Rakyat di Air Jada. UMNO-BN mempunyai kekuatan yang luar biasa di akar umbi dan keadaan ini memberikan keyakinan sokongan rakyat kepada BN.

“Jentera BN mesti terus bekerja kuat untuk mendekati rakyat,” kata Shamsul dalam satu hantaran di Facebooknya.

Dalam masa yang sama, Shamsul juga mendekati pengundi dari pelbagai peringkat umur dan bangsa di sekitar Lenggong antaranya Kg Sawa Lenggong, RPS Desa Ibol Lenggong, Kg Sumpitan Lenggong serta Kg Gua Badak Lenggong.

Terdahulu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Shamsul berjaya memenangi kerusi Lenggong menewaskan calon Mujahid Ir Fadzil dari PAS dan Amirul Fairuzzeen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan mendapat jumlah undian sebanyak 12,523.

Sumber: https://www.bnnewsonline.com/shamsul-anuar-optimis-kekuatan-luar-biasa-pengundi-di-lenggong/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help