Shamsul Anuar Letak Jawatan Menteri Tenaga & Sumber Asli

August 3, 2021

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah petang ini, mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli, berkuat kuasa serta merta.

Dalam kenyataannya, beliau menyatakan, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira beberapa keputusan dan pendirian parti.

“Sebagai ahli UMNO yang patuh dan setia kepada parti, saya dengan ini meletak jawatan sebagai Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak dan kepada semua warga Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli.

“Tumpuan saya selepas ini ialah memberikan fokus kepada tugas sebagai Ahli Parlimen Lenggong dan membantu memperkuat parti dalam menghadapi situasi politik yang semakin mencabar,” katanya.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana diberikan peluang berkhidmat sebagai Menteri Tenaga Dan Sumber Asli dan kepemimpinan UMNO yang mencadangkan beliau sebagai Menteri Kerajaan Persekutuan.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/846725/shamsul-anuar-letak-jawatan-menteri-tenaga-dan-sumber-asli

Utusan: https://www.utusan.com.my/terkini/2021/08/shamsul-anuar-letak-jawatan-menteri/
UMNO Online: https://umno-online.my/2021/08/03/shamsul-letak-jawatan-menteri-tumpu-khidmat-ahli-parlimen-lenggong/
Harian Metro: https://www.hmetro.com.my/utama/2021/08/738250/dr-shamsul-anuar-letak-jawatan-menteri-tenaga-dan-sumber-asli
Kosmo: https://www.kosmo.com.my/2021/08/03/shamsul-anuar-letak-jawatan-menteri-tenaga-dan-sumber-asli/
The Malaya Post: https://www.themalayapost.my/menteri-tenaga-dan-sumber-asli-letak-jawatan/
Astro Awani: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/shamsul-anuar-letak-jawatan-menteri-tenaga-dan-sumber-asli-312041
mStar: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2021/08/03/shamsul-anuar-letak-jawatan-menteri
MalaysiaNow: https://www.malaysianow.com/berita/2021/08/03/menteri-umno-letak-jawatan-kerana-setia-pada-parti/
MalaysiaGazette: https://malaysiagazette.com/2021/08/03/shamsul-anuar-umum-letak-jawatan-menteri-tenaga-dan-sumber-asli/
Malaysiakini: https://www.malaysiakini.com/news/585707
Free Malaysia Today: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/03/shamsul-anuar-nasarah-letak-jawatan-menteri-tenaga-dan-sumber-asli/
Suara.TV: https://suara.tv/03/08/2021/shamsul-annuar-nasarah-letak-jawatan-menteri/
MYKMU.NET: https://mykmu.net/2021/08/03/shamsul-anuar-letak-jawatan-menteri/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help