Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah selesai menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi awal pagi tadi bersempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Beliau yang hadir bersama isteri, Datin Hamisah Hussin keluar mengundi di Sekolah Kebangsaan Luat Lenggong yang mendaftarkan seramai 36,950 pemilih.
“Saya berkeyakinan rakyat Malaysia sangat bijak. Saya doakan agar mereka memilih Kestabilan Dan Kemakmuran.
“Saya gembira kerana jentera dan petugas Barisan Nasional Lenggong telah mula bertugas sejak awal pagi. Dan pengundian setakat ini berjalan dengan lancar dan teratur,” kata Shamsul dalam satu hantaran yang dikongsi di Facebooknya.
Dalam masa yang sama, beliau menzahirkan rasa penghargaan terhadap pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan profesional.
Sumber: https://www.bnnewsonline.com/shamsul-anuar-dan-isteri-selesai-mengundi-di-lenggong/