Shamsul Anuar Hadir Program Santai Anak Muda Lenggong Di Gerai Pekan Lenggong

May 20, 2026

LENGGONG – Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah telah menghadiri program Santai Anak Muda Lenggong yang berlangsung di Gerai Pekan Lenggong, Kampung Lenggong pada 16 Mei 2026. Program berkenaan dianjurkan oleh Pemuda UMNO Kampung Lenggong.

Kehadiran beliau turut disertai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lenggong serta barisan kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Lenggong.

Program tersebut menjadi medan pertemuan dan sesi santai bersama golongan anak muda setempat, selain mengukuhkan hubungan serta kerjasama di peringkat akar umbi.

Seramai 50 orang ahli Pemuda UMNO telah hadir memeriahkan program berkenaan, dengan majoritinya terdiri daripada ahli baharu.

Beliau turut merakamkan penghargaan terhadap komitmen penganjuran program berkenaan serta mengucapkan tahniah kepada Pemuda UMNO Bahagian Lenggong dan Pemuda UMNO Cawangan Kampung Lenggong atas usaha menghimpunkan anak muda melalui pendekatan yang lebih dekat dengan komuniti.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help