Shamsul Anuar Hadir Hari Ulang Tahun Ke-18 Maritim

February 13, 2023

Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkesempatan menghadiri Sambutan Ulang Tahun ke-18 Agensi Penguatkuasaan Malaysia (Maritim Malaysia), baru-baru ini.

Beliau hadir mengiringi Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang menyempurnakan majlis tersebut di Zon Maritim Sandakan, Sabah.

Antara program pengisian ketika sambutan tersebut ialah lintas hormat aset laut dan udara yang melibatkan 11 kapal, tiga pesawat udara serta empat bot pengiring keselamatan.

Shamsul juga meluangkan masa menghadiri Majlis Apresiasi APMM (Maritim) serta makan malam bersama anggota Maritim yang lain.

Sumber: https://www.bnnewsonline.com/shamsul-anuar-hadir-hari-ulang-tahun-ke-18-maritim/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help