Shamsul Anuar Bersama Rakyat Rai Jelajah Merdeka Desa Madani

September 14, 2023

KUALA LUMPUR, 14 Sept – Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berbesar hati bersama rakyat sempena Jelajah Merdeka Desa Madani.

Berlangsung di Tasek Raban Lenggong ianya dihadiri oleh rakyat setempat bagi menyatakan semangat patriotik mereka sempena Hari Kemerdekaan ke-66 negara.

“Saya pulang ke Lenggong selepas beberapa program dan sidang Khas Parlimen dan pada jam 830 malam saya meraikan peserta Jelajah Merdeka Desa Madani, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang mengadakan program di Tasek Raban Lenggong Perak.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkongsi kemeriahan jelajah tersebut di hantaran Facebook.

Turut hadir adalah Ketua Pengarah KEMAS Malaysia Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi serta Ketua Jabatan dan agensi Lenggong. – UMNO Online

Sumber: https://umno-online.my/2023/09/14/shamsul-anuar-bersama-rakyat-rai-jelajah-merdeka-desa-madani/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help