Sesi Semakan Ucapan Penggulungan Laporan Tahunan & Penyata Kewangan SUHAKAM 2024

July 9, 2026

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah mengadakan Sesi Semakan Ucapan Penggulungan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2024 bersama wakil bahagian dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum tampil membentangkannya di Dewan Rakyat pada Rabu.

Sesi tersebut diadakan bagi memastikan setiap perkara yang dibentangkan adalah menyeluruh dan berlandaskan fakta, melibatkan kerjasama pelbagai pihak termasuk Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Bahagian Hal Ehwal Imigresen, Bahagian Sumber Manusia, Bahagian Pendaftaran dan Pertubuhan, Bahagian Pembangunan, serta Bahagian Kepenjaraan, Antidadah dan RELA.

Turut terlibat dalam sesi penyelarasan fakta tersebut ialah Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (SBTP).

Seterusnya, Shamsul Anuar menyampaikan Ucapan Penggulungan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan SUHAKAM 2024 di Dewan Rakyat, sekali gus menjelaskan komitmen KDN dalam memperkukuh tadbir urus, melindungi kepentingan rakyat serta memastikan keseimbangan antara pemeliharaan hak asasi manusia dan keselamatan negara.

Pembentangan laporan tahunan SUHAKAM di Dewan Rakyat merupakan tanggungjawab yang termaktub di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597), yang memperuntukkan supaya laporan tersebut dibentangkan di Parlimen bagi penelitian dan perbahasan ahli-ahli Dewan.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help