Sesi Pertanyaan Jawab Lisan Pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Kelima Belas Di Parlimen Malaysia
KUALA LUMPUR, 20 November 2025 – YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah menjawab Pertanyaan Lisan daripada YB Tuan Ganabatirau a/l Veraman, Ahli Parlimen Klang berkenaan dengan isu pengambilan individu bukan bumiputera dalam badan penguat kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Seterusnya dalam sesi yang sama, YB Timbalan Menteri Dalam Negeri telah menjawab pertanyaan daripada YB Tuan Chiew Choon Man, Ahli Parlimen Miri berkenaan dengan pemerkasaan peranan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di sekolah untuk tujuan keselamatan serta membendung gejala buli di sekolah.
YB Timbalan Menteri Dalam Negeri juga turut menjawab pertanyaan daripada YB Tuan Wan Razali bin Wan Nor, Ahli Parlimen Kuantan mengenai isu pemasangan bendera Malaysia secara salah atau terbalik.

