Sesi Penggulungan Perbahasan Belajawan 2026 Dewan Negara
PADA MESYUARAT KETIGA PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KELIMA BELAS
KUALA LUMPUR, 10 Disember 2025 – YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah melaksanakan penggulungan perbahasan Belanjawan 2026 di Dewan Negara, hari ini. Turut meluangkan masa pada sesi penggulungan ini, YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Sesi tersebut juga turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan KDN daripada Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Bahagian Kepenjaraan Antidadah dan RELA, Bahagian Perancangan Strategik, Bahagian Pembangunan, Bahagian Sumber Manusia, Bahagian Kewangan, Pejabat Penasihat Undang-undang, Bahagian Perolehan, Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan, Suruhanjaya Pasukan Polis, Polis Diraja Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Pendaftaran Negara dan Unit Komunikasi Korporat.
#KeselamatanTanggungjawabBersama
#MalaysiaMADANI
#KDNMADANI
#AIforKDNKDNforAI
#KementerianDalamNegeri

