Sesi Libat Urus RUU Imigresen Pindaan 2025 & RUU Passport Pindaan 2025

November 21, 2025

KUALA LUMPUR, 19 November 2025 – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini telah mengadakan Sesi Libat Urus berhubung dengan Rang Undang-undang Imigresen (Pindaan) 2025 dan Rang Undang-undang Pasport (Pindaan) 2025 bersama dengan YB Ahli-ahli Parlimen di Parlimen Malaysia.

Sesi ini yang diketuai oleh YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri, bertujuan untuk mendapatkan maklum balas serta pandangan daripada YB Ahli-ahli Parlimen tentang pindaan RUU berkenaan.

Beberapa Ahli Parlimen telah mengemukakan soalan dan cadangan berkaitan dengan isu-isu teknikal serta pelaksanaan pindaan, yang dijawab secara langsung oleh pihak KDN dan Jabatan Imigresen Malaysia.

Pindaan yang dicadangkan memberikan tumpuan kepada pemodenan sistem imigresen negara yang lebih efisien, lebih selamat dan sejajar dengan amalan antarabangsa. Ahli-ahli Parlimen turut mengambil peluang mengemukakan soalan serta pandangan untuk memperkukuh pelaksanaan RUU ini.

KDN komited untuk memastikan pindaan ini dapat dibentangkan pada sidang Parlimen semasa demi peningkatan perkhidmatan imigresen yang berpaksikan keselamatan dan kepentingan rakyat.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Awang Alik bin Jeman, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, YBhg. Datuk Haji Makhzan bin Mahyuddin, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) KDN, serta pegawai-pegawai kanan KDN.

#KDNReformasiMADANI
#KDNKlasikNusantara
#KDNYakinMADANI
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMADANI

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help