Sesi Libat Urus Cadangan Pindaan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959

February 14, 2024

Putrajaya, 14 Februari 2024 – YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri telah mempengerusikan satu sesi libat urus berkenaan cadangan pindaan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 bagi mencari remedi kepada kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada tahun 2022.

Sesi libat urus ini merupakan satu komitmen Kementerian Dalam Negeri bagi mendapatkan pandangan, ulasan dan maklum balas semua pemegang taruh dalam menentukan hala tuju POCA.

Sesi libat urus ini telah dihadiri oleh YB Dato’ Sri Azalina Binti Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan YB Tuan William Leong Jew Keen, Ahli Parlimen Selayang.

Delegasi KDN telah diketuai oleh YBhg. Dato’ Hj Abdul Halim Bin Hj Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) manakala delegasi PDRM telah diketuai oleh YDH CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Bin Mohd Zain, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM. Taklimat juga telah disampaikan oleh YDH DCP Dato’ Rusdi Mohd Isa, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan), PDRM dan YBrs. Encik Zulkifli Bin Abidin, Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, KDN.

Wakil Pejabat PUU KDN, BHEUU, JPM dan dua (2) Ahli Exco Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF) turut hadir dalam libat urus yang dikendalikan oleh Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, KDN ini.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help