Sesi Kunjungan Hormat Honourable Xu Datong

August 20, 2023

Sesi kunjungan hormat HONOURABLE XU DATONG Vise Minister Of Public Security DEPUTY POLICE COMMISSIONER GENERAL RANK NEGARA CHINA.

LABUAN BAJO – Sesi Kunjungan Hormat atas YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri, KDN oleh TYT Xu Datong, Vice Minister of Public Security, Republik Rakyat China semasa Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan di Hotel Meruorah, Labuan Bajo, Indonesia.

Turut hadir dalam mesyuarat ini adalah YDH Tan Sri Razarudin bin Husain, Ketua Polis Negara dan YBhg. Dato’ Hj Abdul Halim bin Hj Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), KDN.

Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan cadangan lawatan Agensi Penguatkuasaan Republik Rakyat China ke Malaysia, Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama (JWG) antara Malaysia dan Republik Rakyat China mengenai Jenayah Rentas Sempadan, dan Penganjuran Global Forum on Public Security.

#KeselamatanTanggungjawabBersama
#MalaysiaMadani

Saya mengetuai delegasi Malaysia dalam mesyuarat serta perbincangan dengan delegasi Negeri China.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help