Sesi Kamar Khas & Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Parlimen Kelima Belas
SESI KAMAR KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA PILIHAN PARLIMEN KELIMA BELAS PADA MESYUARAT KETIGA PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KELIMA BELAS.
–
KUALA LUMPUR, 14 Oktober 2025 – YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah memberikan penjelasan di Kamar Khas, Parlimen Malaysia hari ini berhubung dengan isu penambahan anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran serta status kuarters anggota IPD Maran. Penjelasan ini dikemukakan sebagai maklum balas kepada pertanyaan yang dibangkitkan oleh YB Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd. Muttalib, Ahli Parlimen Maran. Sesi tersebut turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) daripada Bahagian Pembangunan, Bahagian Sumber Manusia, Bahagian Perancangan Strategik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Unit Komunikasi Korporat.
Terdahulu pada hari yang sama, YBhg. Datuk Zulkifli bin Abidin, Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, KDN telah mengetuai delegasi KDN dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi Parlimen Kelima Belas Bil. 9 Tahun 2025 yang turut diadakan di Parlimen Malaysia. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut, pegawai-pegawai kanan KDN daripada Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Bahagian Perancangan Strategik, PDRM dan Unit Komunikasi Korporat.
#KeselamatanTanggungjawabBersama
#MalaysiaMADANI
#KDNMADANI
#AIforKDNKDNforAI
#KementerianDalamNegeri

