Sesi Friends Of Ministry KDN Bersama Ahli Parlimen
KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menghadiri sesi bersama Ahli Parlimen Friends of Ministry Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang berlangsung di Parlimen Malaysia pada Selasa.
Sesi yang bermula pada jam 12 tengah hari itu bertujuan bertukar pandangan serta memberi taklimat berkenaan urusan-urusan rasmi kementerian bagi persidangan Parlimen kali ini.
Program Friends of Ministry ini merupakan platform penting bagi membolehkan Ahli Parlimen memahami secara lebih mendalam dasar, isu serta perundangan di bawah bidang kuasa KDN yang akan dibangkitkan semasa sidang berlangsung.
Sesi taklimat tersebut turut memberi ruang kepada Ahli Parlimen untuk mengemukakan pandangan serta pertanyaan berkaitan hal ehwal keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam.
Kehadiran Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar mencerminkan komitmen kepimpinan KDN dalam memastikan keselarasan maklumat serta kerjasama erat dengan wakil rakyat berhubung urusan rasmi kementerian sepanjang persidangan Parlimen.

