Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah merakamkan ucapan tahniah kepada semua calon mewakili sayap UMNO yang menang dalam pemilihan parti itu.
Beliau yang juga merupakan calon Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) mengharapkan agar calon-calon yang menang dapat kekal memperjuangkan parti demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air (ABATA).
“Tahniah kerana diberi kepercayaan untuk menerajui sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO penggal 2023-2026.
“Semoga sayap-sayap UMNO terus maju dan mengekalkan UMNO sebagai sebuah wadah perjuagan agama, bangsa dan tanah air,” kata Shamsul menerusi hantaran di Facebooknya.
Keputusan Pemilihan UMNO lalu menyaksikan Datuk Noraini Ahmad kekal sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO, manakala Dr Akmal Saleh sebagai Ketua Pergerakan Pemuda, dan Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi sebagai Ketua Pergerakan Puteri.