Seminar Jaringan Geopark Hargai Keunikan Geologi & Warisan Alam Di Lenggong

March 10, 2024

KUALA LUMPUR, 10 Mac – Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata keunikan geologi dan warisan alam di kawasan geopark adalah satu khazanah tidak ternilai yang perlu dijaga dengan penuh keperihatinan.

Justeru beliau melihat dan penuh yakin Seminar Jaringan Geopark yang diadakan di Lenggong semalam membincangkan bagaimana untuk terus memelihara serta mempromosikan keindahan dan keunikan ini kepada dunia.

“Kerana itu pemeliharaan khazanah ini selain dijaga dan dibangunkan aspek peyelidikan juga penting iaitu soal pendidikan. Kerana itu saya berhasrat dan bercadang mewujudkan Pusat Penyelidikan Geopak Lenggong yang memberi fokus kepada bidang Pelancongan, Akuakultur, Pertanian & Alam Sekitar.

“Lenggong sesuai menjadi kawasan universiti terbuka dan dengan kehadiran pelajar dan ilmuan dari seluruh negera dan luar ia akan memberikan impak lebih besar kepada negeri dan negara ini serta pastinya Lenggong.

“Saya percaya bahawa setiap usaha kecil yang kita lakukan akan memberi impak besar kepada kelestarian alam sekitar. Kawasan Geopark bukan sahaja menjadi warisan kita, tetapi juga warisan untuk generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penutup Seminar Jaringan Geopark Lenggong, yang diadakan di Tasik Raban.

Turut serta wakil Badan Pengurusan Lenggong Geopark, Majlis Daerah Lenggong serta wakil Geopark & Institusi pendidikan dari seluruh negara

Beliau seterusnya berharap usaha berkenaan akan menjadi realiti pada satu hari nanti demi kelestarian alam sekitar sekaligus memberi impak yang bermanfaat untuk warga Lenggong.

“Harapan saya jaringan geopark ini dapat menjadi sebahagian jaringan yang dinamik. Selain daripada itu ia juga menjadi tempat perkongsian idea dan amalan terbaik antara setiap geopark dalam malaysia.

“Justeru ia dapat membentuk satu komitmen untuk bekerjasama untuk meningkatkan standard kualiti produk dan amalan terbaik dalam semua geopark. Saya juga mencadangkan seminar dibuat 2 tahun sekali oleh badan pengurusan geopark yang lain dan diangakat di dalam Mesyuarat Jaringan Geopark.

“Saya mengajak kita semua untuk terus memberikan sokongan kepada usaha-usaha pembangunan geopark dalam negara,” katanya. – UMNO Online

Sumber: https://umno-online.my/2024/03/10/seminar-jaringan-geopark-hargai-keunikan-geologi-dan-warisan-alam-di-lenggong-dr-shamsul-anuar/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help