Selesai Melaksanakan Amanah KDN Membentangkan 2 RUU Hari Ini – Shamsul

September 6, 2025

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, telah menjawab pertanyaan Jawab Lisan daripada YB Senator Dr. Hajah Wan Martina Wan Yusoff berkenaan dengan keselamatan di pintu-pintu masuk dan di sepanjang sempadan Kelantan-Thailand.

Beliau turut menyempurnakan penggulungan Rang Undang-undang (RUU) Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah (Pindaan) 2025 dan RUU Pendaftaran Negara (Pindaan) 2025.

Kedua-dua RUU ini telah diluluskan dengan undian suara majoriti di Dewan Negara pada hari ini setelah dibahaskan oleh YB Ahli-ahli Dewan Negara.

Turut hadir di Parlimen Malaysia, pegawai-pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri daripada Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Bahagian Kepenjaraan, Antidadah dan RELA, Bahagian Perancangan Strategik, Pejabat Penasihat Undang-undang, Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan, Bahagian Hal Ehwal Imigresen, Unit Komunikasi Korporat, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia serta Jabatan Pendaftaran Negara.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help