Kenyataan Media: Selamat Hari Belia 2021

May 15, 2021

Peranan belia besar pada negara. Justeru saya ingin ucapkan Selamat Hari Belia kepada semua pimpinan organisasi belia semua peringkat di seluruh negara.

Tentulah istimewa kepada belia belia diseluruh negara samada yang menyertai organisasi belia atau tidak. Anda sangat penting dan sumbangan anda sangat besar.

Saya sendiri mendapat manfaat besar melalui aktiviti belia. Saya membina diri melalui kegiatan belia. Daripada seorang pemimpin Persatuan Belia Ikatan Baru (PBIB Kg Luat) Lenggong hinggalah menjadi Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM)

Saya banyak belajar dan menimba pengalaman memimpin. Bermula hanya mengibar bendera sambil bersila dilantai stadium pada setiap 15 Mei hinggalah akhirnya saya berucap di sebelah Perdana Menteri sebagai pemimpin Majlis Belia Malaysia (MBM)

Ini Universiti sebenar pada saya. Ia tidak diperoleh di bilik kuliah. Iannya sangat berharga. Melatih saya dalam pelbagai bidang … indah dan berharganya zaman belia…. “SELAMAT HARI BELIA”

#teamDSAN #mbm #gpms #parlimenlenggong #seberkad #TNB #KeTSA #mayc #alumniMBM #4BMalaysia #kbs #cayc #AYC

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help