Assalamualaikum dan salam sejastera,
Persidangan UMNO cawangan cawangan yang sedang dan akan berlangsung tidak diadakan semata mata hanya kerana UMNO mahu memenuhi tuntutan perlembagaan parti semata.
Namun jauh daripada itu, inilah forum terbaik bagi ahli parti berbincang, menilai semula apa yang telah dilakukan sebelum ini. Kemudian membuat perancangan apa yang perlu dilakukan selepas ini. Ini platform terbaik bagi kita memperkukuh dan memperkuatkan UMNO parti yang kita sayangi.
Sebagai sebuah parti yang punyai banyak pengalaman dalam negara ini. UMNO telah melalui pelbagai peristiwa dalam negara ini. UMNO mengukir begitu banyak jasa dalam negara ini sejak 1946 lagi.
Namun hakikat yang perlu kita akui ialah keadaan sudah berbeza. Situasi semakin mencabar kerana itu UMNO mesti melakukan pelbagai perubahan sesuai dengan perubahan yang telah, sedang dan akan berlaku di negara ini.
Gunakanlah persidangan ini, untuk memperkukuhkan UMNO. Kita mesti terus melakukan usaha meletakkan UMNO di tengah tengah rakyat. Kita mesti menjadi parti yang berjuang untuk kepentingan rakyat. Percayalah, jika kita bersama rakyat. Rakyat akan bersama UMNO kerana mereka tahu UMNO penting kepada mereka.
Selamat Bersidang.
YB DATUK SERI SHAMSUL ANUAR NASARAH
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia
PEMUDA UMNO MALAYSIA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Penerangan UMNO Malaysia Friends of BN – Barisan Nasional
#teamDSAN #pelancongan #guru #parlimenlenggong