Satu Jari Tuding Pada UMNO, 4 Jari Lain Tuding Pada BERSATU

February 7, 2022

UMNO tidak peduli tindakan Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang cuba memecahbelahkan parti itu dengan berterusan memburukkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan menggunakan gelaran ‘Kluster Mahkamah’ serta ‘Kumpulan Soleh’.

Sebaliknya, Pengarah Komunikasi BN, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, berkata kini perkara utama bagi UMNO dan BN adalah untuk memperkasakan parti dan bekerja keras memenangi hati rakyat Johor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Mudah dibaca apabila Ketua Penerangan BERSATU berterusan memburukkan UMNO-BN dengan menggunakan gelaran “Kluster Mahkamah” dan terbaru “Kumpulan Soleh” dalam UMNO. Ini hanya mahu memecahbelah dan memburukkan UMNO-BN.

“Bagaimanapun saya ingin nyatakan sebutlah apa pun gelaran yang Bersatu suka, UMNO-BN kekal fokus memperkukuhkan parti dan bekerja kuat memenangi hati rakyat.

“Ini bagi memastikan BN dan UMNO dapat mandat rakyat untuk membentuk kerajaan BN yang stabil di Johor demi rakyat Johor,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Tambahnya, kenyataan Wan Saiful seolah-olah tuduhan dan dakwaan yang beliau katakan itu sebelum ini seperti berbalik kepadanya.

Ini kerana katanya, rakyat kini tahu dan bijak memilih yang mana parti lebih layak untuk mentadbir.

“Sebenarnya satu jari Ketua Penerangan Bersatu menuding kepada UMNO, ada empat jari lain menuding kepada BERSATU sendiri.

“Kerana itu hakikatnya dalam BERSATU pelbagai kluster mereka ada. Justeru itu jangan ingat rakyat bodoh dan tidak tahu. UMNO BN sangat yakin rakyat bijak menilai,” katanya.

Semalam Wan Saiful mendakwa dihubungi beberapa pemimpin daripada kumpulan yang dinamakannya ‘UMNO Soleh’ menyatakan mereka sedang menyusun strategi untuk membetulkan UMNO dari landasan yang salah.

Wan Saiful mendakwa beliau mengiktiraf kewujudan kumpulan yang baik itu dalam UMNO dan mengakui mereka mempunyai sikap berbeza daripada pemimpin UMNO kluster mahkamah. – Malaysiapost

Sumber: https://malaysiapost.com.my/2022/02/07/satu-jari-tuding-pada-umno-4-jari-lain-tuding-pada-bersatu-shamsul/

Utusan: https://www.utusan.com.my/terkini/2022/02/satu-jari-tuding-umno-empat-jari-kepada-bersatu/
Umno Online: https://umno-online.my/2022/02/07/ppbm-berterusan-cuba-memecah-belahkan-pimpinan-umno/
MyKMU.Net: https://mykmu.net/2022/02/07/satu-jari-tuding-umno-empat-jari-kepada-bersatu/
MalaysiaGazette: https://malaysiagazette.com/2022/02/07/sebutlah-gelaran-apa-pun-tindak-tanduk-wan-saiful-mudah-dibaca/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help