Sarapan Bersama Pimpinan Kampung Air Panas Gerik

June 3, 2026

GERIK – Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah memulakan program lawatan kerja di Kampung Air Panas, Gerik dengan sesi sarapan pagi bersama pimpinan kampung bagi memperkukuh hubungan kerjasama serta mendapatkan maklum balas secara langsung daripada komuniti setempat.

Dalam pertemuan tersebut, beliau turut bertukar pandangan mengenai isu dan keperluan penduduk, khususnya berkaitan agenda pembangunan dan kesejahteraan masyarakat di kawasan berkenaan.

Sejurus selesai sesi berkenaan, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah meneruskan lawatan dengan meninjau beberapa projek pembangunan di Kampung Air Panas, Gerik bagi melihat perkembangan semasa pelaksanaan, selain memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan berjalan lancar serta memberi manfaat kepada penduduk.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help