Shamsul Anuar Nasarah Meriahkan Program Santai Anak Muda Di Kampung Tanjung Kasau
KG TANJUNG KASAU – Program Santai Anak Muda Lenggong telah berlangsung meriah di Chalet Kg Tanjung Kasau, Gerik. YB Dato’ Dr. Shamsul Anuar Nasarah memenuhi permintaan anak-anak muda kampung dengan hadir santai dan menikmati makan tengahari bersama mereka. Turut hadir ialah isteri beliau, Datin Seri Hamisah Hussin.
Sepanjang program, YB Dato’ Dr. Shamsul Anuar Nasarah turut melawat beberapa projek yang telah diluluskan sebelum ini di chalet tersebut, sebagai tanda komitmen beliau terhadap pembangunan dan kebajikan anak muda di kawasan ini.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran Ybhg Toh Shahbandar Hulu Dato Tarmizi Idris, Cikgu Aida selaku Pegawai Khas MB (DUN Kenering), Ketua Pemuda dan Jawatankuasa Pemuda UMNO Lenggong, Ketua Puteri dan Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian Lenggong, serta pimpinan Kampung Tanjung Kasau khususnya golongan anak muda.
Kehadiran pemimpin bersama masyarakat dalam suasana santai ini bukan sahaja mengeratkan hubungan, malah memberi ruang kepada anak muda untuk berkongsi pandangan dan aspirasi mereka secara langsung.
Program seperti ini membuktikan keprihatinan dan sokongan berterusan YB Dato’ Dr. Shamsul Anuar Nasarah terhadap pembangunan belia serta memperkukuh semangat kekeluargaan di Lenggong.

