Sampaikan Amanat Kepada Pimpinan Pemuda UMNO Bahagian Lenggong
LENGGONG – Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah mengadakan sesi ramah mesra dan perjumpaan bersama pimpinan Pemuda UMNO Bahagian Lenggong semua peringkat di Pusat Khidmat Pegawai Khas Menteri Besar Perak (DUN Kenering), pada Khamis.
Dalam majlis tersebut, beliau menyampaikan amanat serta bersama-sama barisan pimpinan pemuda menanam ikrar untuk terus mempertahankan kawasan Parlimen Lenggong sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan UMNO.
“Pemuda UMNO Lenggong akan memastikan setiap inci bumi Lenggong dijaga dan menjadi kubu Barisan Nasional dan UMNO,” tegas Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar.
Perjumpaan itu turut menjadi platform untuk mengukuhkan semangat juang serta perpaduan dalam kalangan jentera parti di peringkat akar umbi bagi menghadapi cabaran politik semasa.
Majlis tersebut berlangsung pada 5 Jun lalu, jam 9 malam.

