Sambutan Ulang Tahun RELA Ke-54

July 13, 2026

SUNGAI UDANG – Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah telah merasmikan Sambutan Ulang Tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Ke-54 yang berlangsung di Sungai Udang, Melaka pada hari Sabtu.

Hadir sama ialah Ketua Pengarah RELA, YBhg. Datuk KPJR Rosli bin Yaakub; Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), YBhg. Dato’ Hj Abdul Halim bin Hj Abdul Rahman; serta Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN, YBrs. Puan Ainah binti Mohd Soon, bersama pegawai-pegawai kanan Kementerian, agensi dan RELA.

Dalam ucapan perasmiannya, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar menzahirkan penghargaan kepada seluruh anggota RELA atas komitmen, semangat sukarela dan patriotisme yang tidak pernah luntur dalam melaksanakan amanah kepada negara.

Beliau menegaskan bahawa RELA, yang telah berkhidmat selama lebih lima dekad, terus menjadi benteng keselamatan masyarakat serta rakan strategik Kerajaan dalam memelihara keamanan dan ketenteraman awam di seluruh negara.

Sambutan bertemakan “Dari Rakyat, Bersama Rakyat, Untuk Rakyat” ini merupakan penghormatan terhadap jasa dan pengorbanan seluruh warga RELA yang tidak pernah mengenal jemu berkhidmat untuk masyarakat dan negara sejak penubuhannya pada tahun 1972.

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar hadir ke Melaka sebaik sahaja menyelesaikan tanggungjawab parti bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, mencerminkan komitmen beliau terhadap tugas rasmi di Kementerian Dalam Negeri.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help