Sambutan Hari Ulang Tahun Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Yang Ke-19

February 15, 2024

Gebeng, 15 Februari – YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri hadir merasmikan Hari Ulang Tahun Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang ke-19 bertempat di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Kuantan, Pahang.

Sambutan dimulakan dengan acara Pemeriksaan Kawalan Kehormat Utama dan Pemeriksaan Platun Perbarisan oleh YB Datuk Seri Timbalan Menteri diikuti penyampaian Anugerah Pingat kepada Anggota APMM. Acara diteruskan dengan persembahan demonstrasi oleh Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat APMM.

Turut hadir YBhg. Dato’ Hj Abdul Halim bin Hj Abdul Rahman,Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), YBrs. Dr. Abdul Gapar bin Haji Abu Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YDH DIG Dato’ Sri Ayob Khan bin Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara, YBhg. Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Ketua-ketua Jabatan di bawah KDN, Setiausaha-setiausaha Bahagian KDN, Pegawai Kanan KDN serta APMM.

#KeselamatanTanggungjawabBersama
#MalaysiaMadani

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help