Sambutan Hari Konservasi Harimau Dan Gajah Peringkat Kebangsaan 2020
ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI, PERAK
Penghargaan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan Majlis Perbandaran Taiping kerana menjemput saya hadir untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan Sambutan Hari Konservasi Harimau dan Gajah Peringkat Kebangsaan 2020 pada pagi ini. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Berhormat Tuan Ahmad Saidi bin Mohamad Daud, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak kerana sudi meluangkan masa untuk bersama-sama kita pada pagi ini.
Majlis kita pada pagi ini sangat bermakna kerana ia merupakan majlis sambutan bersempena Hari Harimau Sedunia (Global Tiger Day) yang disambut pada 29 Julai dan Hari Gajah Sedunia (World Elephant Day) yang disambut pada 12 Ogos setiap tahun. Sambutan ini diadakan bagi mempromosi dan meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan memulihara harimau dan gajah.
#lenggong #KETSA #gerik #mn #umnobn #mn #zootaiping