Sambutan Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2025 Peringkat KDN & Majlis Perhimpunan Bulanan Bulan Ogos 2025
PUTRAJAYA, 20 Ogos 2025 –Saya hadir ke Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2025 Peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Dewan Gemilang, Kompleks Setia Perkasa, Putrajaya.
Acara gimik perasmian diserikan dengan persembahan Bridget Kesenian Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), pancaragam pelajar Sekolah Henry Gurney Telok Mas serta pertunjukan ‘abseiling’ Unit Tindak Khas yang menyerahkan plak bernombor 68 kepada YB Menteri Dalam Negeri sebagai simbolik ulang tahun kemerdekaan negara ke-68.
Majlis diteruskan dengan Perhimpunan Bulanan KDN bagi bulan Ogos 2025.
YB Menteri Dalam Negeri dalam ucapannya menegaskan bahawa kepimpinan berkesan menuntut kerjasama, ilmu dan sikap sentiasa belajar, kerana pemimpin terbaik merupakan pemimpin yang tidak berhenti menimba ilmu.
YB Menteri Dalam Negeri turut mengingatkan pengorbanan kepimpinan terdahulu yang membawa Malaysia mencapai 68 tahun kemerdekaan serta menggariskan cita-cita untuk membina politik stabil, ekonomi makmur, pengagihan adil dan keselamatan negara yang terpelihara.
Majlis diakhiri dengan pelancaran portal baharu KDN 2025, penyampaian sijil penghargaan kepada Operatif Unit Tindak Khas sempena kejayaan dalam pertandingan Sharp Blade International Sniper dan penyerahan MyKad (MY12) kepada 10 orang pelajar.
#KDN #HariKebangsaan2025 #HariMalaysia2025 #RancakkanMADANI

