Sabah Terima Tiga Bot RHIB, Perkukuh Operasi Keselamatan Di ESS Zone

October 25, 2025

Sabah menerima tiga bot laju jenis Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memperkukuh keupayaan operasi serta rondaan keselamatan di perairan Kawasan Selamat Sabah Timur (ESS Zone).

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata dua bot itu bagi kegunaan Pasukan Gerakan Am dan sebuah lagi diserahkan kepada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

“Projek bernilai RM4.497 juta di bawah Rolling Plan Keempat (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 itu dilaksanakan bagi membolehkan peningkatan operasi pasukan keselamatan di kawasan berisiko tinggi termasuk Sungai Aji Kuning, Pulau Sebatik dan perairan Tawau,” katanya kepada pemberita selepas penyerahan tiga bot berkenaan di sini hari ini.

ESS Zone merangkumi 10 daerah iaitu Kudat, Pitas, Kota Marudu, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Shamsul Anuar berkata langkah itu juga merupakan sebahagian daripada kesiapsiagaan ESSCOM dalam menghadapi ancaman rentas sempadan dan mengekang kegiatan jenayah penyeludupan di perairan pantai timur Sabah.

“Penyerahan bot ini sejajar dengan pelaksanaan perancangan pelan induk fasa kedua ESSCOM yang menumpukan kepada pengukuhan keselamatan di ESS Zone.

“Malahan penyerahan aset baharu turut mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI untuk mempertingkat keupayaan taktikal pasukan keselamatan sekali gus memastikan kedaulatan dan keamanan negara terpelihara,” katanya.

Shamsul Anuar turut menegaskan bahawa KDN akan terus menyokong ESSCOM dari segi dasar, aset serta sumber manusia bagi memastikan agensi itu kekal sebagai benteng utama keselamatan negara di pantai timur Sabah.

Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help