Rundingan BN Bersama PKR Hanya Propaganda Bersatu

October 18, 2022

Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN Comms), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah tampil menyelar dakwaan kononnya ada rundingan BN bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dakwaan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan itu disifatkan sebagai satu propaganda untuk memecahbelakan UMNO, BN.

“Hanya strategi dan propaganda Bersatu. Tiada kerjasama dan rundingan BN dengan PKR.

“Dakwaan beliau tidak bertanggungjawab dan hanya mahu memecahbelahkan UMNO-BN,” kata Shamsul dalam satu hantaran Facebooknya.

Justeru, beliau menyeru kepada semua jentera UMNO dan BN untuk tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan seperti itu disamping berwaspada dengan situasi seperti ini.

Hal ini kerana, beliau menekankan segala hal dan perkara yang penting berkaitan dengan parti hanya akan dikeluarkan oleh pimpinan parti sahaja.

“Perkara penting berkaitan parti hanya akan dikeluarkan oleh pimpinan parti melalui saluran rasmi BN sahaja,” tambah Shamsul lagi.

Sumber: https://www.bnnewsonline.com/rundingan-bn-bersama-pkr-hanya-propaganda-bersatu/

Malaysiapost: https://malaysiapost.com.my/2022/10/18/kerjasama-bn-pkr-hanya-strategi-dan-propaganda-bersatu-shamsul-anuar/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kerjasama-bn-pkr-hanya-strategi-dan-propaganda-bersatu-shamsul-anuar

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help