Rumusan Boot Camp BNComms Di Kem Permata Alor Gajah Melaka
Boot CAMP BNCOMMS sangat penting bagi menghadapi PRU15.
Keadaan sudah berubah. Maka pendekatan juga mesti berbeza kerana rakyat sangat bijak membuat penilaian dan mereka akan memilih hanya parti yang mampu menjaga mereka.
Saya yakin dengan lebih 900 tenaga penting BNCOMMS yang hadir akan mampu mengalas tanggungjawab menghadapi cabaran yang sangat luarbiasa.
Justeru masanya sudah tiba. Semua jentera dipelbagai peringkat mesti tingkatkan tahap kesiapsiagaan. Pesanan Penting telah diberikan oleh YB DSU Pengarah Pilihanraya BN.
YB DS Ahmad Zahid Hamidi Pengerusi BN telahpun menyampaikan segala arahan penting. Maka kita mesti lakukan tanggungjawab ini untuk kemenangan Barisan Nasional.
YB DATUK SERI DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Pengarah Komunikasi Barisan Nasional