LENGGONG – Penempatan Masyarakat Asli Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Air Karah, Lenggong sedang dibangunkan sebagai Perkampungan Pelancongan Lenggong Geopark bagi memperkasa pembangunan komuniti setempat serta menyokong agenda pelancongan geopark di daerah berkenaan.
Menurut Shamsul Anuar Nasarah, antara kemudahan yang telah berjaya disiapkan ialah Balai Sewang, manakala beberapa lagi projek serta kemudahan lain kini sedang dalam pelbagai peringkat pembangunan.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan program turun padang ke RPS Air Karah pada 29 Mei 2026 jam 9.30 pagi, bersama Pegawai RELA Lenggong, bagi meninjau kemajuan beberapa projek pembangunan yang sedang dilaksanakan di kampung tersebut.
Lawatan itu bertujuan memastikan pelaksanaan projek berjalan mengikut perancangan serta mengenal pasti keperluan semasa komuniti, selaras dengan hasrat menjadikan kawasan berkenaan sebagai destinasi pelancongan komuniti yang berdaya maju di bawah inisiatif Lenggong Geopark.


