Ronda-Ronda Pekan Sabtu Pekan Lenggong

January 13, 2024

Kebetulan awal hari ini di Lenggong, saya singgah di Pekan Lenggong dan sebagaimana biasa bertemu orang ramai di sini. Kemudian sempat singgah di tempat Majlis Daerah Lenggong sedang menjalankan Kempen Hindari Penggunaan Plastik Sekaliguna. Saya harap orang ramai menyokong kempen seumpama ini.

Dan kebetulan juga bertemu Pengarah Pendidikan Perak, bersama Pn Norizan Mohd Ali Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Perak bersama Pengetua SMK Dato Ahnad Lenggong dan Pegawai Pendidikan yang lain. Jadi sempat minum di warong Berhampiran PPK Lenggong.

Saya sempat memaklumkan sedikit Program dibawah LENGGONG LEADERSHIP ACADEMY @ LEAD LENGGONG kepada beliau. Ia program yang memberikan manfaat kepada anak-anak pelajar dalam Kawasan Parlimen Lenggong.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help